Assalamu'alaikum semua,
Setelah saya mengamati dan menganalisa embed video baby dari youtube maka saya dapati pihak youtube.com telah memanipulasi pada penghujung video clip tersebut dengan video clip berbentuk 18SX dari user lain. Mungkin ianya relate dengan tags yang saya buat iaitu 'baby'. Maka saya dah tukar kepada tags lain dan berharap moga related video tidak keluar bentuk 18SX lagi. Jika masih juga tersenarai video 18SX maka ianya bukan dari tanggungjawab saya.
Monday, June 11, 2007
Dapat baby baru

Alhamdulillah, malam tadi tadi wife telah melahirkan anak ke 7 (ehh... silap. anak ke 6 lah ). Semuanya selamat tanpa ada apa-apa masalah dan komplikasi. Tepat jam 9.25 malam 25 Jamadil Awwal 1428H seorang baby boy yang cute mute selamat dilahirkan. Semoga anak yang dianugerahkan ini akan menjadi insan berguna dan bermanafaat dunia dan akhirat.
Ni gambar baby berumur 3 minit. hehehe.
Sunday, March 11, 2007
Wednesday, February 28, 2007
Fahami dan hayati Asma Ul-Husna dan makhluq ciptaan Nya
"Ketahuilah dengan mengingati Allah nescaya hati akan menjadi tenang"(Surah Ar-Ra'du:28)
Binatang (parrot) pun pandai baca Al-Quran dan mengucap syahadahTuesday, January 2, 2007
Seni Khat Islam

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya buat tajuk Seni Khat Islam dalam blog ragam famili ni kan? Sebenarnya subject Seni Khat Islam ada diajar di Ma'ahad Tahfiz Sains Bustanul 'Arifin , sekolah anak sulong aku sedang belajar sekarang.
Sebenarnya seni khat ini aku memang minat sejak dulu lagi. Pada tahun 1982 aku pernah mengikuti kursus intensif bahasa Arab di Pusat Pengajian Islam Nilam Puri (sekarang ditukar kepada KIAS). Belajar pun tak lama sangat sebab kursus jangka pendek Bahasa Arab sementara menunggu result SPM 1982. Waktu tu selain subject bahasa seperti nahu, saraf, balaghah dan sebagainya ada juga diajar seni khat. Masih ku ingat ustaz suruh kami beli sebatang pen dan dia 'modified' pen tersebut supaya senang kami nak tulis khat. Tapi disebabkan aku ni tak pandai melukis maka seni khat yang diajar tak kemana.
Tuesday, December 26, 2006
Percutian di Tiara Beach Resort, Port Dickson
Seronok gak bercuti ke PD. TQ Akhi Dr Khairudin kerna support kami semua :)
Monday, December 25, 2006
Hot Spring Pool in Selayang




Kolam air panas ni dah lama wujud. Masa memula kawin dulu aku ulang alik dari Rawang ke KL selama 2 tahun sejak 1993. Kolam ni nampak terbiar masa tu tanpa ada pengawasan dan baru-baru ni semasa balik bercuti rumah mak mertua, aku bawak anak-anak dan anak-anak saudara ke sana. Sekarang ni dah berubah, parking semakin luas dan tepi kolam pun di bina tebing simen yang nampak teratur dan terurus. Selain tu ada kedai-kedai makan, tandas dan sebagainya.







Subscribe to:
Posts (Atom)