Friday, January 7, 2011

Pembukaan tirai 2011

Membuka diari tahun baru 2011 dengan perjalanan sejauh 500km dari Rantau Panjang ke destinasi Bandar Tasek Puteri, Rawang, Selangor untuk mendaftar persekolahan 2 anak - Wan Abdul Hadi, 17, anak lelaki sulong mendaftar di SMK Bandar Tasek Puteri manakala menetap di asrama swasta terkenal MOKHDAR di Bandar Country Homes dan Wan Nurul Hidayah, 13, anak ketiga mendaftar di SBP(Integrasi) Bandar Tasek Puteri (SEPINTAR).

Sebelum mendaftar, anak2 bermalam di rumah nenek mereka di Kg Kenanga, Rawang. Keesokan hari bertolak ke PPD Gombak untuk menguruskan persekolahan anak sulong. Semuanya diuruskan oleh isteri merangkap secretary keluarga. Sementara beliau di pejabat PPD sempat juga 2 anak lelaki bermain-main di playground MPS berhadapan Selayang Mall.



Baby2 ku sedang bermain-main di playground Majlis Perbandaran Selayang. Anak bongsu ( setakat ni..) Hakeem dah pandai wat "peace" bila orang nak snap foto dia... kadang2 peace dia pakai 2 jari, kengkadang 3 jari !!! Afeef dah mula cerdik..suka menyakat adiknya..


Suasana pagi hari pendaftaran di SBPI (SEPINTAR). Kami tiba jam 9am tapi parking dah penuh dah... terpaksa park kat masjid yang agak jauh menapak ke dewan utama ini.











Foto asrama puteri yang sempat kena snap....


Sambil menunggu secretary keluarga membuat proses pendaftaran, kami ke shoplots Bandar Tasek Puteri pekena roti canai dan singgah di Masjid Bandar Tasek Puteri yang tersergam indah di atas bukit.








Sebelum balik ke Kg Kenanga, kami singgah di pejabat dan asrama MOKHDAR. Sempat berjumpa dan berbual dengan Pengagas a.k.a Pengerusi MOKHDAR, En Mokhtar dan diakhir sessi berfoto kenang2an di pejabat beliau.... FiveOEight Consultancy,Bandar Country Homes

On the way back, naik PLUS Hiway from Rawang to Simpang Pulai, naik bukit ke Cameron Highland, singgah di sempadan Cameron Highland/Lojing pekena milo panas sambil snap foto Jannah dan Afeef berlatarbelakang replika buah strawberry yang menjadi identiti di kedua-dua tanah tinggi ini.... drive balik sekali lagi 500km...

No comments:

Bait-bait Mu'jizat