
Pelabuhan Swettenham Dijangka Terima 300,000 Pelancong Kapal Mewah Jika Naik Taraf |
PULAU PINANG, 8 Mac (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang merancang untuk menaiktaraf Pelabuhan Swettenham di sini bagi menerima kemasukan kira-kira 300,000 pelancong kapal mewah antarabangsa setahun berbanding kira-kira 100,000 setahun sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Mesra Pelancong Pulau Pinang Cheang Chee Gooi berkata cadangan untuk menaiktarafkan pelabuhan itu kini di peringkat perbincangan oleh kerajaan negeri. |