Showing posts with label history. Show all posts
Showing posts with label history. Show all posts

Saturday, July 11, 2009

Tragedi Natrah (Maria Hertogh) yang berdarah

http://pasalbuku.blogspot.com/2009/07/tragedi-natrah-maria-hertogh-yang.html

Saudara masih ingat nama Natrah di Singapura? Masih ingat peristiwa rusuhan yang berdarah berkaitan Natrah? Sahabat Islam kita itu dilaporkan sudah meninggal dunia. Semoga di akhir hayat Natrah, dia masih lagi Islam.

Saya ada buku The Nadra Tragedy: The Maria Hertogh Controversy oleh Haja Maideen. Lama sudah dibeli, tetapi masih belum dibaca.

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh)
- Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Sunday, April 26, 2009

Di sinilah wang dunia disorok

Di sinilah wang dunia disorok
Hishamuddin Rais | Apr 16, 09 1:41pm
Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

Saturday, April 25, 2009

MENGENAL KAPITALISMA

KEDAULATAN DAN GLOBALISASI

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Thursday, January 8, 2009

Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan

DARI TRANUNGKITE.NET

Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan

Dilulus terbit pada Thursday, January 08 @ 03:40:49 MYT oleh Reformis
Artikel Pilihan Oleh IzalPutra

"

Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan
Sempena tahun baru 1430 HIJRIAH dan 2009 Miladiah yang masih baru membuka tirainya, marilah sama-sama kita mengenangkan kembali "Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan" yang masyhur dan ternama yang kini telah menjadi kenangan sepanjang zaman. Biarpun tokoh-tokoh ini sudah lama meninggalkan kita semua, namun segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada umat Islam hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya di atas sumbangan mereka yang begitu besar demi memartabatkan Islam tercinta.

Marilah sama-sama kita mengenangkan kembali sejarah hidup mereka. Seramai dua belas orang tokoh telah dipilih. Kita mulakan dengan kisah dari seorang demi seorang.

Friday, August 15, 2008

Asal usul tengku, nik, wan

info ni die dpt dari Majlis Agama Islam Kelantan, keturunan Wan dan Nik ada 2 jenis :
i. keturunan yg diberi gelaran atau pangkat oleh raja2 zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan
ii. keturunan Wan atau Nik yang asli, maknanya nama yg bermula dgn Wan atau Nik ni berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah Fri 9-Sep-2005 12:56
Posted by:DqNa - [Link]

Dan bagi saya, saya amat bersetuju dgn pendapat DqNA.... Memang sebenarnya susur galur keturunan Nik dan Wan terbahagi 2,
( i ) gelaran nik dan wan yang diberi berdasarkan golongan pembesar & bangsawan.
( II ) gelaran nik dan wan yang berasal dari nasab keturunan Syed... Tapi awas!!!, keturunan Syed pun terbahagi 2, samaada yang asli, yang berasal dari nasab Rasulullah, atau pun yang sudah tidak asli seperti Kaum India yang lahir pada hari Jumaat ( Syed malam jumaat).
Dan.... biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian ketutunan mereka.
Yang penting, walau apapun asal kita.... kita haruslah menyedari siapa pencipta kita dan.. berusaha mendekatinya..

Bait-bait Mu'jizat