Thursday, October 16, 2008

eTiQa Takaful : PLAN PRIMA

Ia adalah pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan
kewangan semasa merangkumi keperluan pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan
sebagainya.
Ia memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga tersayang sekiranya ditimpa sesuatu
musibah.
Perlindungan 24 jam seluruh dunia!
Manfaat Utama
• Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah
perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertama
dan kedua dari tarikh keilatan.
Manfaat Survival Berjadual
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Pampasan Kemalangan
• Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan
• Rider Manfaat Pembayar – Kontrak Juvana sahaja
Kelayakan Penyertaan
Had Umur: 6 bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan: 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun
Had Umur Matang: 84 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Sumbangan Minimum: RM1,200.00 setahun Lat Sumbangan: • Tahunan
• Setengah Tahunan
• Suku Tahunan
• Bulanan
Perlindungan Minimum: RM10,000
Manfaat Matang
Jumlah amaun terkumpul dan keuntungan dalam Akaun Peserta berserta dengan lebihan dari Akaun Khas Peserta setelah ditolak
pembayaran manfaat survival berjadual.
Pembahagian Keuntungan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.
Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
*Penting
Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.

No comments:

Bait-bait Mu'jizat