Ia merupakan peninggalan untuk mereka yang tersayang jika ditakdirkan musibah menimpa anda
kerana anda diberikan perlindungan kewangan maksima.
Sumbangan rendah untuk perlindungan kewangan yang tinggi.
Tempoh penyertaan yang fleksibel.
Manfaat Utama
• Perlindungan kewangan untuk mereka yang tersayang.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah
perlindungan apabila sahnya keilatan, 10% pada akhir tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya pada akhir tahun keempat dari
tarikh keilatan.
Manfaat Matang
• Pulangan lebihan dari tabung Akaun Khas Peserta.
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Pampasan Kemalangan
• Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Kelayakan Penyertaan
Had Umur: 18 tahun hingga 55 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan: 5 hingga dan 30 tahun
Had Umur Matang: 65 tahun
Sumbangan Minimum: RM360.00 setahun Lat Sumbangan : • Tahunan
• Setengah Tahunan
• Suku Tahunan
• Bulanan
Perlindungan minimum: RM10,000
Pembahagian Lebihan
Pembahagian lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.
Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
*Penting
Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.
No comments:
Post a Comment