Saturday, August 8, 2009

Epal Hijau


Epal Hijau
Keluarga
Nukilan : Anjeruby
Rasa seperti tinggal di luar negara pula.
Bangun pagi2, jus epal hijau sudah terhidang.
"Mak, kenapa hari2 kita minum jus epal hijau ni...?"
Soalan tu, bukan krn tidak suka, ttp kehairanan.
"Baik utk jantung..."Ye ke...




Saya membuat kajian..
  • membantu penghadaman dan penurunan berat badan.
  • epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
  • menyeimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
  • Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  • Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
  • Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
  • mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse
tintasalsabila
Posted on Saturday, August 08 @ 10:22:57 MYT by aya

No comments:

Bait-bait Mu'jizat