Sunday, July 12, 2009

Masyi Quran

Agamahttp://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=493


Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips, petua dan kelebihan secara khusus dalam bidang tahfiz al-Quran. Satu pesanan yang selalu saya ingat dan sering saya naqalkan dari guru saya adalah ,bukan mudah untuk hafal Quran, bukan mudah untuk ingat Quran, bukan mudah untuk khatam hafaz Quran dan sememangnya bukan mudah untuk amal seluruh isi kandungan Quran.


Justeru dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang diberikan pada diri yang serba dhaif ini, saya cuba untuk menulis dan menggarapkan apa yang termampu sebagai perkongsian dan peringatan bersama. Mudah2an ia dapat sama2 diamalkan dan bakal dijadikan rujukan untuk generasi akan datang.
ANTARA KELEBIHAN , MINAT DAN KEUTAMAAN
Pertama sekali, apa yang ingin saya kongsikan adalah beberapa buah hadith Nabi s.a.w yang menceritakan tentang kelebihan dan kemuliaan seorang penghafaz Al-Quran. Sewaktu di madrasah saya dahulu, hadith2 inilah yang kami dengar hampir setiap hari dari mulut ustaz2 yang tidak jemu memberikan nasihat berbentuk tasyji’ dan motivasi. Bukan apa, penghafaz Al-Quran ini adalah golongan paling kuat dikacau oleh syaitan, jadi perlu sentiasa dipagari dan dikuatkan.
Antara hadith yang sering kita dengar adalah :
“ Sebaik-baik kamu adalah orang yang menghafaz Al-Quran dan mengajarkannya”
Ada dua pendapat ulama’ berkenaan hadith ini, iaitu huruf ‘wau’ yang menghubungkan antara kata ‘belajar’ dan ‘mengajar’. Ada yang mengatakan seseorang itu akan mencapai darjat sebaik2 manusia apabila dia bukan sahaja belajar tetapi diikuti dengan mengajar dan menyebarkan Al-Quran tersebut. Manakala selebihnya mengatakan memadai dengan menunaikan satu sahaja.
Apapun pandangannya, kesimpulan dari hadith ini adalah individu atau golongan yang menghafaz, mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran telahpun dinobatkan sebagai sebaik2 manusia. The best people in the world...segan la plak..bapek je.Suatu pengiktirafan yang tidak pernah Nabi berikan kepada golongan2 yang mendalami ilmu2 selain Al-Quran.
Antara lain adalah hadith yang berbunyi :
Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.
Hadith ini jika diteliti telah mengaitkan suatu kelebihan yang amat besar kepada ibu bapa. Secara logiknya adalah sesuatu yang tidak wajar apabila orang yang tidak ada kena mengena telah mendapat suatu kelebihan yang berpunca dari amalan orang lain. Tetapi inilah dia method yang telah digunakan oleh Nabi s.a.w dalam menceritakan kelebihan yang dijanjikan Allah kepada seorang penghafaz Al-Quran.
Secara tidak langsung, ia juga merupakan tasyji’ dan motivasi daripada Nabi s.a.w yang ditujukan khas kepada ibu bapa. Ini kerana , secara realitinya tidak ramai ibu bapa yang sanggup membenarkan anak2 mereka mendalami bidang tahfiz Al-Quran. Pelbagai alasan diberikan sehingga sampai ke tahap meragui rezeki dan habuan dunia untuk anak2 mereka. Dek kerana (dek kerana? ahaha :P)sikap sebeginilah Nabi menjanjikan suatu kelebihan dan darjat yang mulia di hari kiamat bagi ibu bapa yang sanggup merelakan anak2 mereka mendalami bidang tersebut.
Hadith ketiga, untuk dikaitkan secara logik dengan kelebihan seorang penghafaz Al-Quran. Perhatikan hadith ini :
Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah ( Al-Quran ) maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu digandakan sehingga sepuluh kali ganda. Tidak aku katakan ‘alif lam mim’ itu sebagai satu huruf, bahkan alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf, dan mim adalah satu huruf. ”
Baiklah, hadith ini secara umum menceritakan kelebihan bagi orang yang membaca Al-Quran. Katakan seorang itu membaca surah as-sajdah, maka setiap huruf dari surah itu mendatangkan gandaan sehingga sepuluh kali ganda kepada si pembaca. Sudah pasti ganjarannya banyak dan tidak dapat dihitung. Bayangkan pula jika situasi itu berlaku pada seorang penghafaz Al-Quran. Dia bukan hanya membaca surah as-sajdah sekali atau dua kali, bahkan perlu dibaca sehingga berpuluh2 kali bagi mencukupkan proses hafazan. Maka hitunglah sendiri betapa banyak gandaan yang akan dia dapat secara tidak langsung dalam mengejar proses hafazan tersebut.
Cukup kita bicara tentang kelebihan, kita lihat pula kepada keutamaan.
Apa yang saya maksudkan dengan keutamaan di sini adalah lebih kepada dilema yang dihadapi oleh golongan adik2 yang baru mula menceburi bidang tahfiz Al-Quran. Mengikut pengalaman saya, dapat dirumuskan kepada dua golongan. Pertama, adik2 di peringkat menengah iaitu yang baru berpindah dari sekolah rendah ke alam menengah. Golongan ini biasanya mula mengalih S pula, ialah golongan adik2 yang telah tamat peperiksaan SPM atau STPM dan membuat transformasi bidang ke dunia tahfiz Al-Quran. Contohnya situasi di Darul Quran.
Golongan yang pertama saya lihat agak sukar menentukan keutamaan mereka. Kebiasaannya golongan inilah yang ditentang keras dan dihalang oleh ibu bapa atau saudara mara daripada menceburi bidang tahfiz Al-Quran dengan alasan tiada masa depan, tiada kelulusan dan sebagainya. Dilema ini kadangkala berterusan dan akhirnya menyebabkan pelajar tersebut keluar dar madrasah meskipun dia berpotensi dan mempunyai minat yang tinggi.
Second, sebagaimana saya contohkan adalah generasi yang memasuki Darul Quran saban tahun. Konfik dan dilema seperti golongan pertama mungkin jarang berlaku pada mereka, tetapi bertukar pula kepada konflik diri sendiri. Ada yang mulanya berminat dan bersemangat, sehingga mendahului senarai calon2 lain yang gagal mendapat tempat untuk masuk ke Darul Quran, namun akhirnya menarik diri dan memasuki institusi2 pengajian yang lain. Tindakan ini saya lihat bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, bahkan secara tidak langsung sebenarnya seolah2 telah menzalimi calon2 lain yang terpaksa ditendang bagi memberi ruang yang terhad kepada mereka.
Dari segi keutamaan, kebiasaannya timbul persoalan2 seperti “hafal quran nanti nak keje ape”, “bidang camni xdapat sijil”, “masuk madrasah tahfiz xde masa depan, baik masuk asrama penuh” dan seumpamanya. Kadang2 inilah reaiti yang perlu kita hadapi. Pihak anak tidak ada masalah, pihak ibu bapa pula yang tak faham. Betapa sukarnya memberi faham kepada ibu bapa tentang pentingnya meyakini rezeki dan ketentuan dari Allah.
Pertama : anak2 yang hafaz Quran waktu usianya masih kecil, mungkin sekitar 12-15 tahun, sebenarnya sangat berpotensi menjadi hafiz yang baik. Ini kerana otak mereka masih suci dan belum diganggu oleh anasir2 lain. Sekiranya dilatih secara bersungguh2, mereka berupaya menamatkan hafazan dalam jangkamasa 1 atau 2 tahun sahaja. Seterusnya al-Quran yang mereka hafaz akan berpotensi membantu mereka mempelajari bidang2 yang lain. Ini telah dibuktikan oleh beberapa hafiz Al-Quran yang akhirnya dengan mudah dapat mempelajari dan menguasai subjek2 seperti matematik, sains dan bahasa Inggeris meskipun awalnya mempunyai basic yang agak lemah.
Kedua : andaian dan tuduhan mengatakan anak2 yang menghafaz Al-Quran bakal berhadapan dengan masa depan yang gelap adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana tuduhan ini tidak pernah dapat dibuktikan oleh sesiapa. Alhamdulillah, tanggapan sebegini semakin menipis beberapa tahun kebelakangan ini yang akhirya menyaksikan pelbagai pusat tahfiz tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ini juga antara lainnya merupakan kesan daripada kejayaan yang telah ditunjukkan oleh para huffaz hari ini yang membuktikan bahawa mereka mampu sampai ke tahap yang lebih baik berbanding mereka2 yang berada dalam jurusan akademik semata2.
Third: cuba datangkan kepada saya satu contoh penghafaz Al-Quran yang akhirnya hidup dalam keadaan miskin dan papa kedana lantaran tidak mempunyai pekerjaan? Alangkah malu jika kita melangkah ke negara2 lain seperti Pakistan, India dan sebagainya yang menyaksikan begitu ramai golongan masyarakat daripada penyapu sampah, pemandu lori sehinggalah arkitek dan doktor – merupakan golongan huffaz Al-Quran. Mereka mampu hidup dalam biah Islam yang baik dan rezeki yang mencukupi tanpa pernah dilaporkan pun ada yang kebuluran dan sebagainya. Namun inilah realiti dan mentaliti masyarakat kita yang sekian lama terbelenggu dalam konflik ‘kurang yakin’ dengan agama.
contohnya:
Mr A,yg penah berkata pada saya suatu hari dulu,pointer CGPA awk berapa?
saya: em..nape awk nak tau?
Mr A: 4 flat ke? (de adalah salah sorang tanzim sebuah kelab XYZ..ada ke patot tny cm2...kata tanzim..ssh kalau lantik org yg hanya tau berckp n ilmu itu bkn dtg dari dada tp membacanya sebelom membuat "tazkirah" dan menceritakn ngan penuh dedikasi..hmm..sukar untuk mendapat tanzim sehebat di maahad mahupun DQ..)
saya: adalah..(nyibuk je..)
Mr A: awk hafizah kn?kalau hafal quran leh dpt 4 flat x?
saya: hmmm...
ini adalah contoh manusia2 yg hanya pentingkn dunia n xtau nikmat quran..bak kata abg hamdan..kalau basic xkuat..akan sesat..tp bila ade foundation agama yg kuat..yg belajar berperingkat..baru akan ade perspektif yg luas..katanya lagi,berbeza mereka yg dari skola sekular dan mereka dari maahad..mereka uyg dari sekualar bila wat jht..de selalunya hanyut..tp bila dari maahad atau seumpamanya..de akan kembali..sbb teras itu ade dihati..dan teras tu xdpt dibaca,...tp dibina bertahun2..itu beza de tambahnya..bkn semua..tp kebanyakan..
Keempat : antara harta yang dibenarkan menolong kita apabila kita mati adalah anak yang soleh. Membina anak yang soleh tidak semudah memastikan mereka memperoleh segulung ijazah seterusnya mendapat habuan dunia yang banyak dan hidup senang lenang. Bahkan membina anak soleh perlukan proses bermula dari kecil iaitu pembinaan spiritual, kecintaan yang tinggi kepada agama dan ilmu akhirat yang mencukupi. Justeru, memastikan sekurang2nya seorang dari anak kita menceburi bidang tahfiz al-Quran adalah tiket paling berharga ke arah melahirkan anak soleh yang bakal mendoakan kita apabila telah kembali ke alam barzakh.
Saya teringat, suatu masa dahulu di awal2 saya menceburi bidang tahfiz Al-Quran, keluhan2 dan kritikan2 negatif dari ibu bapa yang bimbang dan tidak yakin dengan masa depan anak2 masing2 terlalu kerap kedengaran. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini masyarakat mula membuka mata dan minda untuk menerima bidang tahfiz Al-Quran bagi anak2 mereka sebagai satu bidang yang bukan sahaja memberi kebaikan di dunia bahkan berpanjangan sehingga akhirat.
Sekiranya anda mempunyai konflik2 atau dilema seperti yang saya bincangkan di atas, silalah merujuk dan dapatkan pandangan serta nasihat dari mereka yang arif atau ahli dalam bidang tahfiz Al-Quran. Kadang2 pandangan dan pendapat dari mereka2 yang telah lama berkecimpung dalam dunia tahfiz Al-Quran mampu membantu kita untuk sedikit sebanyak mendapatkan kekuatan dan motivasi untuk meneruskan perjuangan kita dalam bidang hafazan Al-Quran. Siapa tahu, kita adalah salah seorang daripada pilihan Allah untuk menjadi Hafiz atau Hafizah Al-Quran.
diakhirat kelak huffaz akan berjalan dengan keadaan yg bersinar dan terang..
kelak pada waktu tu,mereka berjalan dihadapan kamu dengan ketenangan..
dan Allah memanggil mereka..
lalu diberikan syurga..
mengapa masih menuggu..
jadilah huffaz..
agar dpt memimpin tgn kedua ibu bapa dan org yg disygi..
ke jannah yg dijanjikn Tuhan..
jannah yg abaDi..


Note:
Posted on Saturday, July 11 @ 01:04:29 MYT by aya

No comments:

Bait-bait Mu'jizat