Tuesday, December 25, 2007

Majlis Pertunangan Nurul Izyan (Along)



Hari ini tepat kam 3.00 petang, majlis pertunangan along (anak saudara saya) di rumah beliau di Gual Tinggi, Rantau Panjang. Foto-foto terdapat disini.

Thursday, December 20, 2007

Salam Eidul Adha 1428H

Sabda Rasulullah s.a.w :-
"Tidak ada amalan yang dilaksanakan pada hari raya korban ini yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya binatang itu akan ditampilkan kelak pada hari kiamat dengan kuku, tanduk dan bulunya (yang indah). Allah lebih dahulu menatang darah itu dengan tatangan kemulian sebelum titisan darah itu jatuh menimpa bumi. Oleh itu hendaklah kalian berkorban dengan penuh keikhlasan dan ketulusan"
(Riwayat: al-Mausu'ah)


Sempena Hari Raya Korban tahun ini, Moste dan Ummi telah melakukan ibadat korban 1 yang dijalankan di Kg Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang.

KTM turut menanggung kerugian akibat banjir





Foto-foto kemusnahan landasan keretapi di Rantau Panjang. Landasan ini dipercayai telah tidak digunakan lagi oleh KTM sejak 2 tahun lepas yang menghubungkan Pasir Mas ke Rantau Panjang. Klik sini untuk melihat foto-foto kemusnahan landasan KTM dilanda banjir pada Dec 2007

Lawatan MB Kelantan ke kawasan banjir


Agak lama saya tak update blog akibat beberapa masalah teknikal. Semasa banjir, beberapa tempat yang ditenggelami banjir telah putus bekalan elektrik. Akibatnya saya tak dapat update blog dan juga mengambil foto-foto banjir besar yang melanda Rantau Panjang. Banjir kali ini adalah yang ke 3 besar selepas tahun 1927(bah merah) dan 1967. Mengikut orang tua-tua di sini setiap 40 tahun berlaku banjir besar. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Dalam pada itu, kami amat berterima kasih kerana keperihatinan YAB MB Kelantan datang melawat dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.


Namun saya sempat juga mengambil foto terakhir sebelum kehabisan bateri. Sila lawati slide dengan update foto-foto semasa banjir besar melanda Rantau Panjang pada 8/12 - 19/12/2007.

Sunday, December 9, 2007

Lagi foto-foto banjir

Click here

Banjir di Rantau Panjang



Gambar-gambar banjir yang sempat saya ambil pagi ini.

Saturday, December 8, 2007

Rusila


Hari Khamis lepas saya bersama kawan-kawan ke Kg Rusila, Terengganu. Kami sempat mengunjungi YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di rumah selepas solat Jumaat.
Hujan lebat sepanjang jalan dan angin Laut China Selatan teramat kuat dan saya merasa sudah tiba musim tengkujuh dan banjir akan melanda Pantai Timur. Bersiap sedia lah.

Friday, December 7, 2007

Muslim yang tabah

Tuan Haji Hussain bin Siraj, nama yang begitu sinonim dengan penduduk Kg Kenanga,Rawang khususnya para ahli jemaah Masjid Nurul Iman adalah bekas guru besar yang begitu banyak menyumbangkan jasa kepada masyarakat. Beliau yang amat uzur begitu tabah menghadapi sisa-sisa usia yang masih ada. Dahulu beliau gemar membaca Al-Quran, solat berjamaah di masjid. Sekarang penglihatan beliau dah kabur dan tidak lagi dapat membaca Al-Quran yang menjadi amalan beliau sejak muda. Hanya beberapa surah pendek yang beliau masih ingat. Amalan puasa Isnin dan Khamis serta puasa dibulan Rejab, Sya'ban dan Ramadan secara berterusan tak pernah beliau tinggalkan. Sekarang beliau tidak mampu lagi berpuasa. Kehidupan beliau seharian hanyalah di katil, tak dapat berjalan, perlu dipapah dan menggunakan kerusi roda. Tulang-tulang dah tak kuat seperti dahulu. Namun ingatan dan memori beliau masih kukuh dan tidak nyanyuk.Alhamdulillah dan semuga Allah s.w.t sentiasa melindungi dan merahmati beliau. Saya sempat mengunjungi bapa mertua saya ini pada minggu lepas dan sempat membaca beberapa surah Al-Quran untuk mengubati rindu beliau terhadap bacaan ayat-ayat suci.

Bait-bait Mu'jizat