Friday, December 7, 2007

Muslim yang tabah

Tuan Haji Hussain bin Siraj, nama yang begitu sinonim dengan penduduk Kg Kenanga,Rawang khususnya para ahli jemaah Masjid Nurul Iman adalah bekas guru besar yang begitu banyak menyumbangkan jasa kepada masyarakat. Beliau yang amat uzur begitu tabah menghadapi sisa-sisa usia yang masih ada. Dahulu beliau gemar membaca Al-Quran, solat berjamaah di masjid. Sekarang penglihatan beliau dah kabur dan tidak lagi dapat membaca Al-Quran yang menjadi amalan beliau sejak muda. Hanya beberapa surah pendek yang beliau masih ingat. Amalan puasa Isnin dan Khamis serta puasa dibulan Rejab, Sya'ban dan Ramadan secara berterusan tak pernah beliau tinggalkan. Sekarang beliau tidak mampu lagi berpuasa. Kehidupan beliau seharian hanyalah di katil, tak dapat berjalan, perlu dipapah dan menggunakan kerusi roda. Tulang-tulang dah tak kuat seperti dahulu. Namun ingatan dan memori beliau masih kukuh dan tidak nyanyuk.Alhamdulillah dan semuga Allah s.w.t sentiasa melindungi dan merahmati beliau. Saya sempat mengunjungi bapa mertua saya ini pada minggu lepas dan sempat membaca beberapa surah Al-Quran untuk mengubati rindu beliau terhadap bacaan ayat-ayat suci.

No comments:

Bait-bait Mu'jizat