Thursday, November 16, 2006

Berkenalan dengan anak-anak,isteri,ibu dan adik ku

SALAM PERKENALAN DARI KU

Hajjah Wan Rahmah binti Wan Abdullah. Inilah wajah insan yang telah melahirkan ku sejak 40 tahun yang lalu di Kg Gual Periok,Pasir Mas,Kelantan. Nostalgia semasa tinggal di kampung memang cukup menyeronokkan. Mandi di Sg Pengkalan Teluk, tangkap ikan pelaga, tahan 'taut' di bendang, main guli, bola 'katak' dan macam-macam lagi.

Nor Habibah binti Haji Hussain (Gambar bawah). Ini pula seorang insan yang selalu mendampingi ku sejak 14 tahun lepas. Beliau bertanggungjawab melahirkan zuriat-zuriat ku yang dikurniai Allah s.w.t seramai 5 orang ( 1 orang meninggal 10 jam selepas bersalin melalui pembedahan di Hospital USM akibat mengandung luar rahim).

Tak lama lagi beliau akan melahirkan seorang lagi bayi.

"Trapalung rad"

Inilah kesemua anak-anak ku yang kelihatan ceria dan happy. Mereka belajar dengan baik dan cemerlang. Didikan agama seperti solat 5 waktu, mengaji Al-Quran, akhlaq dan sebagainya amat aku tekankan.

Wan Abdul Hadi, 13 tahun. Anak sulung ku. Sedang belajar dalam Form 1 di Ma'ahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat, Kelantan.


(Jazakallahu khairan kathiran kepada Akhi Dr Khairuddin Hj Hussain atas kesudian beliau membantu Wan Abdul Hadi mencapai cita-citanya)

Sesungguhnya mempunyai anak yang soleh adalah asset paling berharga buat ibubapa selepas mati. Untuk mendapat sedikit info mengenai hafazan sila ke sini. (Entry pada 6 Feb 2007)

Dan sedikit gambar-gambar semasa pendaftaran kemasukan pelajar Form 1 di sana.

Yang ini pula anak kedua. Namanya Wan Nurul Munirah, 11 tahun. Masih belajar di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan.

Yang ni pun jika ada rezeki akan ku hantar masuk ke Ma'ahad Tahfiz Sains juga insya'Allah.




Yang ni pulak anak ketiga. Namanya Wan Nurul Hidayah, 9 tahun. Belajar dalam Kelas 3 di Sek.Keb.Gual Tinggi juga.


Yang ni pula anak bongsu sebelum dapat adik baru tak lama lagi. Namanya Wan Nurul Jannah, 7 tahun. Juga belajar di SKGT dalam kelas 1.





Gambar kat bawah ni ketika anak-anak bersama Tok Mi ke Pasir Mas

No comments:

Bait-bait Mu'jizat