Sunday, June 17, 2007

Anak Soleh - Kumpulan AEMAN

Anak soleh adalah anak-anak yang mendoakan pengampunan kedua ibubapa mereka.

Saturday, June 16, 2007

Baby Afeef kena jaundis



Demam jaundis dah jadi lumrah sekarang ini termasuklah baby afeef. Dia baru balik ke rumah 1 hari tapi dah mula ada tanda-tanda kekuningan. Pada Khamis lepas masuk lagi ke wad tidur bawah lampu UV. Ramai jugak lah pelawat-pelawat yang datang menziarah tapi tak sempat dirakam.





Ni gambar baby berumur 1 hari balik singgah rumah mak saudaranya.Sempat jugak kakak-kakaknya posing bersama.

Monday, June 11, 2007

Penafian

Assalamu'alaikum semua,
Setelah saya mengamati dan menganalisa embed video baby dari youtube maka saya dapati pihak youtube.com telah memanipulasi pada penghujung video clip tersebut dengan video clip berbentuk 18SX dari user lain. Mungkin ianya relate dengan tags yang saya buat iaitu 'baby'. Maka saya dah tukar kepada tags lain dan berharap moga related video tidak keluar bentuk 18SX lagi. Jika masih juga tersenarai video 18SX maka ianya bukan dari tanggungjawab saya.

Dapat baby baru


Alhamdulillah, malam tadi tadi wife telah melahirkan anak ke 7 (ehh... silap. anak ke 6 lah ). Semuanya selamat tanpa ada apa-apa masalah dan komplikasi. Tepat jam 9.25 malam 25 Jamadil Awwal 1428H seorang baby boy yang cute mute selamat dilahirkan. Semoga anak yang dianugerahkan ini akan menjadi insan berguna dan bermanafaat dunia dan akhirat.
Ni gambar baby berumur 3 minit. hehehe.

Bait-bait Mu'jizat