Tuesday, January 15, 2008
Tuesday, January 8, 2008
Ahlan Wasahlan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

Bangunan Asrama Lelaki Maahad Tahfiz
Sains Bustanul 'Ariffin Tanah Merah

Sains Bustanul 'Ariffin Tanah Merah
Bermula 7 Jan 2008, anak sulong Wan Abdul Hadi memasuki tingkatan 2 berpindah dari Tumpat ke Tanah Merah iaitu Maahad Tahfiz Sains Bustanul 'Ariffin Kg Bendang Baru. Sekolah amat hebat dengan prasarana yang memuaskan kecuali bekalan air. Setiap 2 minggu, pelajar berdekatan dibenarkan pulang untuk membasuh pakaian masing-masing jika perlu.

Hostel Maahad Tahfiz Kg Berangan jadi kenangan
kepada 31 orang pelajar yang berpindah ke Tanah Merah.
kepada 31 orang pelajar yang berpindah ke Tanah Merah.
Tuesday, December 25, 2007
Majlis Pertunangan Nurul Izyan (Along)


Hari ini tepat kam 3.00 petang, majlis pertunangan along (anak saudara saya) di rumah beliau di Gual Tinggi, Rantau Panjang. Foto-foto terdapat disini.
Thursday, December 20, 2007
Salam Eidul Adha 1428H
Sabda Rasulullah s.a.w :-
"Tidak ada amalan yang dilaksanakan pada hari raya korban ini yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya binatang itu akan ditampilkan kelak pada hari kiamat dengan kuku, tanduk dan bulunya (yang indah). Allah lebih dahulu menatang darah itu dengan tatangan kemulian sebelum titisan darah itu jatuh menimpa bumi. Oleh itu hendaklah kalian berkorban dengan penuh keikhlasan dan ketulusan" (Riwayat: al-Mausu'ah)
Sempena Hari Raya Korban tahun ini, Moste dan Ummi telah melakukan ibadat korban 1 yang dijalankan di Kg Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang..jpg)
"Tidak ada amalan yang dilaksanakan pada hari raya korban ini yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya binatang itu akan ditampilkan kelak pada hari kiamat dengan kuku, tanduk dan bulunya (yang indah). Allah lebih dahulu menatang darah itu dengan tatangan kemulian sebelum titisan darah itu jatuh menimpa bumi. Oleh itu hendaklah kalian berkorban dengan penuh keikhlasan dan ketulusan" (Riwayat: al-Mausu'ah)
Sempena Hari Raya Korban tahun ini, Moste dan Ummi telah melakukan ibadat korban 1 yang dijalankan di Kg Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang.
.jpg)
KTM turut menanggung kerugian akibat banjir



Foto-foto kemusnahan landasan keretapi di Rantau Panjang. Landasan ini dipercayai telah tidak digunakan lagi oleh KTM sejak 2 tahun lepas yang menghubungkan Pasir Mas ke Rantau Panjang. Klik sini untuk melihat foto-foto kemusnahan landasan KTM dilanda banjir pada Dec 2007
Lawatan MB Kelantan ke kawasan banjir

Agak lama saya tak update blog akibat beberapa masalah teknikal. Semasa banjir, beberapa tempat yang ditenggelami banjir telah putus bekalan elektrik. Akibatnya saya tak dapat update blog dan juga mengambil foto-foto banjir besar yang melanda Rantau Panjang. Banjir kali ini adalah yang ke 3 besar selepas tahun 1927(bah merah) dan 1967. Mengikut orang tua-tua di sini setiap 40 tahun berlaku banjir besar. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Dalam pada itu, kami amat berterima kasih kerana keperihatinan YAB MB Kelantan datang melawat dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.
.jpg)
Namun saya sempat juga mengambil foto terakhir sebelum kehabisan bateri. Sila lawati slide dengan update foto-foto semasa banjir besar melanda Rantau Panjang pada 8/12 - 19/12/2007.
Sunday, December 9, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)
