Sunday, December 9, 2007

Banjir di Rantau Panjang



Gambar-gambar banjir yang sempat saya ambil pagi ini.

Saturday, December 8, 2007

Rusila


Hari Khamis lepas saya bersama kawan-kawan ke Kg Rusila, Terengganu. Kami sempat mengunjungi YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di rumah selepas solat Jumaat.
Hujan lebat sepanjang jalan dan angin Laut China Selatan teramat kuat dan saya merasa sudah tiba musim tengkujuh dan banjir akan melanda Pantai Timur. Bersiap sedia lah.

Friday, December 7, 2007

Muslim yang tabah

Tuan Haji Hussain bin Siraj, nama yang begitu sinonim dengan penduduk Kg Kenanga,Rawang khususnya para ahli jemaah Masjid Nurul Iman adalah bekas guru besar yang begitu banyak menyumbangkan jasa kepada masyarakat. Beliau yang amat uzur begitu tabah menghadapi sisa-sisa usia yang masih ada. Dahulu beliau gemar membaca Al-Quran, solat berjamaah di masjid. Sekarang penglihatan beliau dah kabur dan tidak lagi dapat membaca Al-Quran yang menjadi amalan beliau sejak muda. Hanya beberapa surah pendek yang beliau masih ingat. Amalan puasa Isnin dan Khamis serta puasa dibulan Rejab, Sya'ban dan Ramadan secara berterusan tak pernah beliau tinggalkan. Sekarang beliau tidak mampu lagi berpuasa. Kehidupan beliau seharian hanyalah di katil, tak dapat berjalan, perlu dipapah dan menggunakan kerusi roda. Tulang-tulang dah tak kuat seperti dahulu. Namun ingatan dan memori beliau masih kukuh dan tidak nyanyuk.Alhamdulillah dan semuga Allah s.w.t sentiasa melindungi dan merahmati beliau. Saya sempat mengunjungi bapa mertua saya ini pada minggu lepas dan sempat membaca beberapa surah Al-Quran untuk mengubati rindu beliau terhadap bacaan ayat-ayat suci.

Thursday, November 1, 2007

Dah meniarap baby ni




Umur 4 bulan lebih dah mula meniarap



Ni pula asyik dok isap jari




Saturday, October 13, 2007

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1428H

Sekeping Gambar Lebih Bermakna Dari Seribu Perkataan

Klik pada foto untuk melihat saiz besar.

Pagi raya yang amat bererti buat kami sekeluarga beraya di rumah Menteri Besar Kelantan Darul Naim Y.A.B Dato' Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (S.J.M.K). Sebenarnya kami sekeluarga memang sejak 3 tahun tahun lepas tak pernah missed beraya di rumah MB Kelantan tetapi tak sempat bergambar untuk dijadikan kenangan. Dan kali ni Mak Su Tie tak lepaskan peluang ambil foto ramai-ramai. Maklumlah dapat free kan :-)


Ini pula foto nenek bersama ibu ku dan juga generasi ke 4 (cicit) nenek.
Klik pada foto untuk melihat saiz besar.

Maaf Zahir dan Bathin

Friday, September 14, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1428H

Perbanyakkan tilawah Al-Quran dan diakhiri dengan doa tilawah seperti yang dirakamkan oleh RAIHAN ini.

Saturday, July 21, 2007

Keluarga saya



Gambar lawatan kami ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk menziarahi emak dan baby Afeef.

Di update oleh Hidayah dan Jannah.

Bait-bait Mu'jizat